sejarah lahirnya computer


Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference Engineâ€yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine†yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine†mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engineâ€. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engineâ€. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil. lalu computer mulai berkembang dan terus berkembang dari generasi ke generasi…

2 Tanggapan to “sejarah lahirnya computer”

  1. yoyoy… muupz…
    thanx Honey dah mw ngasih Comment ma Aq… I always followed the spirit of the future for both of us …

  2. tulisannya pakai tag….biar seru bacanya….
    keep blog yah….semangat…

Tinggalkan komentar